One Step Closer |
Nampak tajuk tu. 'One Step Closer' . Aku siap bagi gambar kaki yang bergerak-gerak pulak tu hohihohi nak tunjukkan definisi 'step' tu macam mana pada mata aku. Disebabkan tahun ni aku ambik PMR usaha aku kena lebih sikit. Nota aku banyak, homework, tak termasuk kelas-kelas YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK SEKOLAH yang kadang-kadang buat aku rasa feddup dah nak ambik pmr. letih tau tak bangun awal, balik akhir, sampai rumah pukul 6.00p.m kadang, homework berlambak sehinggakan aku TAHUN NI KENA TIDUR PUKUL 12. tak pernah-pernah aku tidur pukul 12 kalau esok hari sekolah. tahun ni entah mana silap aku entah, mungkin tak cuba nak siapkan kerja kat sekolah kot. kot
Sekarang ni tengah cuti, baru tamat peperiksaan pertengahan penggal 1 hari jumaat tu(semalam). Ada sesetangah kertas aku dah tau dah markahnya. Aku dapat 70+ SEJ :3 bangga tak bangga? tak pernah-pernah aku dapat tahun lepas,punyalah susah nak dapat 68 tahun lepas,tahun ni alhamdulillah 70+. Tapi ada jugak la yang tak berapa puas hati dengan result aku. Hellloooooo ni result aku, kau nak peduli pasai pa? Tak kacau hidup kau kan? Tapi, bagi aku , aku amat bangga lah dengan diri ni sebab yalah kan, meningkat dalam subjek yang aku paling hampeh dulu dan mungkin juga kini.
PMR ada lebih kurang 191 hari lagi (kot) . Dan aku masih macam ni ufufufufufu sempat gak tengok SAO tiap hujung minggu ( >3<) ohohohoho
Kiranya macam tak lama lagi lah tu kan. Ni dah bulan 3 nak masuk bulan 4. PMR bulan 10. 6 bulan . ugh
Target aku untuk pertengahan penggal ni sekurang-kurangnya 5A. Ya, bagi kau sikit tapi aku rasa agak mencabar jugak nak dapat 5A. sekarang 2B dah memang dalam tangan yang selebihnya aku tak tau lagi. Sikit-sikit la, nanti exam akan datang naikkan jadi 6A, 7A pun ok gak. taknaklah aku target 9A terus awal-awal ni nanti frust tak menentu macam hape daaaaa. Bulan 10 tu kira tak de lah lama sangat. pejam celik pejam celik dah bulan 9 baru aku nak gabra hape hape entah dahtu nak bising bising kat twitter,facebook bagai. baik aku gabra awal-awal . Perjalanan aku dan zamilati sikit je lagi nak sampai ke arah kejayaan yang dinanti. tunggu bulan 10 nanti c:
Alright, walaupun apa yang aku tulis ni mungkin takde kaitan langsung dengan tajuk tu, AKU PEDULI HAPE. hahahahaha okay bye nyaaaaaa~
No comments:
Post a Comment