Saturday 29 September 2012

Exam Mode

Fuhh.Lama beno aku tak bukak benda alah ni. Malas + Sibuk. Sekarang tengah mode exam, subjek tak habis cover lagi. hampehh betol la aku ni. Final, (ceh,mcm kat u) harap dapat score terutama sejarah aku. Taknaklah hancur habis macam dulu lagi.. Nyesal tau tak tak baca awal, Esok exam hari ni baru buka buku sejarah. Makin dekat nak exam ni kan, makin membuak-buak rasa nak main laptop. Tiap2 kali examlah aku kejeron nak bukak tu, nak bukak ni, nak update tu, nak update ni. Susahh susahh. Kali ni, entry yang cukup singkat dan takdelah padat sangat. Stakat nak kasi tau yang minggu ni dan minggu depan aku exam. Rightio, nak kena study dah. Tadi dah puas dating dengan laptop, sekarang nak dating ngan buka pulak. Right, adioss. Salam :v

Saturday 1 September 2012

Terasa Hati tu Emo

Assalamualaikum.. :)


Gagaga. Hihi. Lama benar rasanya aku tak sapu sampah kat sini kan? Adalah dekat sebulan tu. Last entry tu masa Bulan Ramadan. And then lepas tu Aku sibuk dengan exam, kelas petang, and macam-macam lagilah (k,tipu. exam n kkq je) hehehe. 

Aku ingat nak buat entry pasal cuzzy nikah. Tapi kan.. Tapi kan.. Gambar nikah tu tak upload lagi dalam laptop. Camne tu? Aku ni dok lah pandai sangat nak tolong "bapak" uploadkan. Tunggu punya tunggu, sampai sekarang tak upload2 jugak -.- Hmm, tak pelah. Takde rezeki aku nak buat entry. Ruginya kazen aku tu, tak masuk dlm blog aku yang terlebih cantik ni? (hihihi.meyampah) Aku teringat yang aku pernah janji dengan kawan aku tu, dia nak sangat tengok gambar nikah tapi sorry lah ek? Keinginan anda tidak tercapai :pf

Okay, balik pada topik. Pernah tak kalau awak dibanding-bandingkan dengan orang lain pastu tetiba je rasa senak kat hati? Hmmm. Kalau benda-benda ni jadi kat aku, mulalah emo tak tentu pasal. Macam ahgsdhshsj je aku ni. Tapi kan.. Tapi kan.. nak buat camne dah aku memang emo pun.


Antara cara yang aku try buat apabila aku terlebih emo :
  1. Aku tarik nafas pastu tahan selama beberapa saat. Kalau masih sesak aku cuba lagi dan tahan nafas lebih lama drpd sebelumnya. 
  2. Aku "kelip-kelipkan" mata sebab takut air mata jatuh berderaian. hahaha. Tapi, kalau dah jatuh tu, pandai2 laa cover lain. Dok cool laa kalau orang lain tengok kite yang cool ni nangis lak kan? 
  3. Aku cubit-cubit tangan aku nak kasi badan aku sakit sebab tak nak fikir pasal benda yang buat aku emo. Baik aku fikir pasal apsal aku nangis sebab cubit diri sendiri.
Tapi kan.. kalau dah dengar lagu yang sedih-sedih tu memang tak dapat nak control lagi dah.. Mulalah buat muka and then sesak nafas and then air mata keluar. Hahaha. macam pro lah pulak aku ni bab2 emo. Antara sebab aku tak suka emo emo ni ialah apabila emo, aku sesak nafas. Apabila sesak nafas, hati sakit. Apabila sakit hati sudah tentu bahagian bahagian lain pon sakit dan mulalah nangis. Apabila nangis mata jadi sembab . Apabila mata sembab , mata sepet dan aku tak suka mata sepet dan makin rabunn. Dahlah aku ni kategori rabun yg agak teruk lah.. "bolehlah" Jadi, takkan lah nak tambahkan degree kerabunan tu? 

Seboleh-bolehnya aku tak nak terasa hati dengan sape dah. Nak neutral kan semua rasa hati. Ecehceh. Ngarut. Apa nama lagu tu? Ah, Akhir Rasa Ini.lebih kurang gitulah kalau nak neutralkan rasa hati. Sebab tu kalau dalam alam realiti aku rasa aku ni agak pendiam. Tapi dalam alam maya agakl bising . Aku peduli hape kalau orang nak kutuk2 aku sebab kelancangan aku -bukanberkata2- tapi berkomen2. hihi. Aku bagi pendapat jelah. Lebih baik berterus terang daripada aku dok menipu kan? bertambah-tambah dosa tau.

Untuk pengetahuan, perkara yang selalu buat aku emo ialah :
  1. Kalau ada orang tetibe je tuduh aku buat something yang teruk dan aku tak sempat nak back up diri sendiri, orang lain terus je caye. Huargh! rasa macam ... dikhianati. Betol la, kalau awak dituduh buat benda yang awak tak buat, takkanlah tak rasa apa2? Alien je yang tak rasa apa2. Means that you are alien -.-
  2. Orang pukul aku dengan kuat. Kalau setakat pukul sipi2 je takdelah aku kisah. Biar je. Tapi kalau yang pukul kuat sangat and then aku terus keluar air mata -bukan nagis ye tuan puan- , tu yang buat aku emo. Badan aku sakit + Aku sakit hati sebab tak dapat nak defend diri sendiri. 
  3. Kalau aku tengok orang lain sume ada fav masing-masing and aku ni forever alone. -.- 
  4. Tengok orang lain ada kakak n abang. Bukan aku tak bersyukur ke ape. Tapi, sedih gaklah kalau tengok orang lain semua ada partner, tang tetibe je aku takde sape2. awkward laaa
Hmm, dahlah emo2 ni. takde idea dah aku. Tak tau lagi apa yang selalu buat aku emo. Kadang2, telinga aku panas sbb emo . 
Ahh, dah dah. tutup kisah emo ni. Biarlah masa menetukan sampai bile aku dapat meneutralkan diri kalau masuk bab emo. Okay, idea kering soo aku blah dulu. Btw, lagu baru ni best :D adios.

Saturday 4 August 2012

Kesedaran

Assalamualaikum. :)

Saya tersedar apabila ...

Jadi, saya akan kurangkan aktiviti usik mengusik kawan2. :)

Yakinlah bahawa...

Adakah anda pernah merasainya? 

Rebutlah peluang yang ada kerana...

Saya sering melepaskan peluang yang ada di hadapan mata. Jangan jadi macam saya.

Bagi sesetengah orang...

Ya ya. Diakui kebenarannya. Memories always be memories :)

(n__n)

Sebab tu saya benci orang yang hipokrit. Dan saya benci diri saya sendiri kalau saya berlagak hipokrit.

Realiti.
Usik2 --> Kenal2 --> Cakap2 --> Message2 --> Debar2 --> Suka --> Couple2 --> Gembira --> Masalah2 --> Clash! --> Kecewa --> (?) 

Amacam? Betol tak? hahahaha. renung-renungkan.. :)


Friday 20 July 2012

Warna-Warni Kami

Rainbow..


Erm ermm. lapa lapa. Dah tau puasa letak gambar makanan. Fuhhhhhhhh. Warna-warni pulak tu.. Yum yum

Tujuan update:
  1. hehehe. Saje jer nak kasi lagak tunjuk gambar kelas kitew.
  2. nak awak tau yang first time tak ambik gambar dengan Nini. sobs sobs
  3. Merangkumi semua tujuan : Nak berlagak sebenarnya yang kite ada classmate yang lebih kurang sama kepala . ngeh3.
Sebenarnya, Rainbow cake tu menggambarkan betapa berwarna-warninya kelas aku. hahaha. Takdelah kelas aku yang berwarna warni , pelajar2 dalam kelas tu yang berwarna-warni. Tambah pulak GK yang perangai pun lebih kurang sama. Asyik nak usik-usik orang je kerjanya. Nama je kelas paling pandai, tapi perangai kitorang macam budak-budak kecik. Asyik nak gaduh-gaduh je. (Gaduh manja sebenarnya.hahahaha) 

Budak Skema + Nakal 2D


Time ni serious gila muka.


Kalau tengok kan sekali imbas, kami ni macam budak2. Budak2 Comel.

Walaupun antara kami ada yang tak suka diantara satu sama lain, tapi kami okey jerr. Kalau bab bergurau tu, memang melampau habis. heheh. especially aku. (z.Z) Tak caye? Aku ni boleh tahan gak kalau bab sindir-menyindir. Memey melatop habis. Tapi, aku hanya jadi gila pada waktu-waktu tertentu. Aku tak gila sepanjang hari. Maunya hancur subjek aku. 

Antara pelajar-pelajar yang selalu buat bising dalam kelas:
  1. Nurfarwizah (hehehe)
  2. Munirah
  3. Azmina
  4. Wani
  5. Faisol
  6. Firdaus
  7. Izzat
  8. Iskandar
  9. Amin
  10. Munir
  11. Izzatie
  12. Athirah
  13. Syazwani (dia bising sebab dia suruh kitorang diam.ahahha)
  14. Azza
  15. Khai
  16. Rohaya
  17. Hisyam
Kami cuma bising time cikgu takde. Hahaha. Kelas kami tu sporting gila. kadang2, kadang-kadang lah dia tu pun bising gak. Punca kebisingan yang melanda tu adalah Faisol ataupun SolSol. Dia yang mula bercakap, pastu munirah, pastu aku, pastu mina, pastu semua pun nak bercakap. Jadi mulalah adegan jerit-menjerit. Lepastu Syazwani pulak suruh diam dengan suara yang lantang. Aku diam terus tau. Tapi ada gak yang tak reti-reti bahasa tu masih gak buat bising. Memey nak mintak penampar jepun Syazwani.hahahahah. Yang lain tu bukannya tak bising, tapi kurang bising.

Bising-bising kitorang, bising lagi kelas 2A kot. KOT! hahaha. aku manalah tau, bukannya aku selalu lalu kat sana pun. Walaupun kami bising, kami ni bijak wokeyy. Aku tau, aku tengah angkat bakul. Tapi, betol apa. Kalau tak, takdenye kami nak duduk kat kelas 2D.Ini membuktikan walaupun warna kulit kami sama(coklat) hati kami warna-warni. Setiap seorang mempunyai warna tersendiri untuk menceriakan kelas 2D. :8)

Ini pulak kelas 2C. Aku nak letak gambar ni sebab nilah first time kami tak berada dalam kelas yang sama. Aku dan nini telah berada dalam kelas yang sama dari tahun satu sehingglah tingkatan satu. Sedih sedih.

Jiran kami, class 2C..


Alahh, muka Nini tak jelas sangat lah sebab kepala Epa. -.-


Semua buat muka mengada. Hahaha.

Rasanyakan, mana yang korang prefer tengok. 2D or 2C? hehehe. :8)


Ramadan Al-Mubarak

Hye.. opss opss.. Bagi salam. Assalamualaikum :)

Yes yes. Aku tau. Dah berkurun-kurun aku tak bukak. hehehe. Aku sibookkk sangat (sebenarnya takdelah sibuk sangat.Aku yang malas nak bukak) Lagipun, exam dah dekat u know. Aku kena study, study, study &&& STUDY! Takdelah aku nak melongo kat depan lappy lah pulak sehari-hari kan..

Okay, Sekarang ni tengah fasting month. And thenn.... RAYA! Weehoooo!!!(sound effect. Boom Bomm Bamm!)Aku dah dapat bayang first day raya. Aku bangan pagi, aku siap-siap. And then pergi rumah nenek! Makan, makan and makan! Yup,aku memang suka makan kat rumah nenek. Suhh-Dapp. Lepas tu kami sekeluarga balik rumah and bersiap-siap nak sambut tetamu. My mum always buat Open House untuk kawan-kawan dia. Seterusnya, aku akan bantu my parents layan tetamu. Hahaha. Banyaklah kau punya bantu. Setakat nak potong-potong and duduk-duduk tu kira layan tetamu? Malam tu mungkin aku akan berasa sangat letih. Dan aku mungkin akan tidur terus lepas mandi. ngehngehngeh..Pemalasnya kau ni

Sekarang ni kan tengah berpuasa. Banyak-banyakkanlah buat benda yang berfaedah, yang bermanfaat. Bukannnya dok melongo depan lappy online FB. Cubalah korang mengaji ke, tunaikan solat sunat ke, ulangkaji pelajaran ke. Daripada melayan sangat lapar kau tu kan. Aku ni takdelah alim sangat. huahuahua

Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini aku nak confess sikit.:
  1. Aku nak mintak maaf kalau sebelum-sebelum ni aku dah buat sesuatu yang teramat-amatlah melampau rasanya tak dapat dimaafkan. Tapi, aku nak mintak maaf jugak. 
  2. Aku rasa dah masanya aku bagi tahu dia yang apa yang dia buat sebelum-sebelum ni salah dan aku nak cuba berdamai. dan,aku teramat-amatlah TERASA dengan apa yang dia post.
  3. Aku nak cuba score balik untuk exam aku. Aku nak fight Adib balik. Aku tahu science and sejarah aku tu terok. Sejarah tu bukannya apa. Aku ni yang tak reti-reti nak baca nota tiap2 hari. Malas
  4. Aku nak cuba hafal surah Al-Waqiah tu. hahahah. Berapa lama dah aku pun tak tahu. Tak hafal-hafal lagi. Aku akan cuba, InsyaAllah. :)
Smile. Bulan puasa nanti nak ubah tabiat burok. Aku ni manalah tau nak senyum-senyum kat orang yang terserempak dengan aku sewaktu berjalan. Aku tak pandailah nak beramah-tamah mesra. Tapi, kalau dah dia duduk sebelah aku memang lah aku akan jadi gila dan bercakap tak tentu pasal.

Aku tak senyum sebab takut nanti aku senyum sorang diri. 
Aku tak senyum sebab takut orang lain pulak yang perasan aku senyum kat dia tapi sebenarnya kat org len
Aku tak senyum sebab aku tak pandai beramah-mesra secara berdepan-depan.
Aku tak senyum sebab senyuman aku mahal. hehehehe

Aku pun ada kawan sekutu yang lebih kurang sama je dengan aku. Aku tak taulah sebab apa dia kurang tersenyum. Aku cuba-cubalah jugak senyum nanti. Tapi, kalau tak jadi. Nak buat camne. Dah memang aku camtu.. hehehee

Last but not least, Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa! :)


 


Monday 4 June 2012

Pilot Kod =P

Yoo. Aku nak nak update jap pasal satu benda ni. Dah lama dah aku nak cari benda ni. Tapi, aku baru bukak blog kawan aku and aku terjumpalah benda yang aku cari lama dulu tu. Dia pun ada post pasal benda yang sama gak. Jadi, aku RE-post balik benda tu. Sebab? Sebab aku nak jugak post benda tu. hehehe.

___Alpha
___Charlie
___Delta
___Echo
___Foxtrot
___Golf
__Hotel
___India
___Juliet
___Kilo
___Lima
___Mike
___November
___Oscar
___Papa
___Quebec
___Romeo
___Sierra
___Tango
___Uniform
___Victor
___Whiskey
___X-Xray
___Whiskey
__Zulu

Got it from : Che perasan :* #btw,tq.hahaha

Mesti tak paham. Ni adalah gaya bahasa untuk juruterbang2 kiat! Wah.. pelik-pelik kan? Kiri macam kod rahsia lah jugak. Hanya untuk pilot-pilot sahaja okay.. janganlah nak memerasankan diri anda..

Sekian sahaja .hahaha. Nak share benda tu je sebenarnya. Tarak ada niat lain. So, i better go now. I'll write sooner or later ;) Bye.

Ashraff, si pilot : India - Lima - Oscar - Victor - Echo - Yankee - Oscar - Uniform
Edryna             : *Dush! *mengipas-ngipaskan mukanya. Malu.

Hahaha. Di ambil dari buku Si Mangkuk Tingkat.


Saturday 2 June 2012

Kesakaian

Konnichiwa! :)

Hai hai hai. Aku kembali setelah beberapa hari menyepikan diri. Hehehe. Dah baca tak hasil karya debut pertama aku tu? Kay, agak boring sebab first time aku cuba buat. Well, what do you expect from a 14 year old girl like me? aku tahu aku perlu banyak baca buku lagi and cuba lagi. Tapi,sekurang-kurangnya aku pernah gak cuba nak buat kan? Hah, kau bila lagi? Semua perkara pasti ada permulaannya dan pengakhiran. Dan hasil karya debut aku yg pertama tu adalah satu permulaan bagi aku. =) 

 Oppss.. Cukup-cukup pasal hasil karya debut pertama aku tu. Hah, aku dah install Adobe Photoshop CS3 .heheheh. Kesampain jugak hajat aku akhirnya. Aku nak install yang CS4 tapi aku tak tau. Last2, ambik jalan mudah aku install lah CS3. Senang dan cepat. Tapi kan, CS3 ni tak lah berapa nak extreme. Holoh. Bukan main aku cakap tak extreme,tapi bukannya aku tau pun nak guna sebetol2nya, kan? Aku ada cuba-cuba lah jugak. Aku tekan sana,tekan sini.. Dan hasil nya :


  Hehe. Aku tak berapa nak pandai guna. Jadi,bersyukur sajalah dengan apa yang ada.



Ni pulak aku try buat baru je tadi. Hmm. Ada jugak lah terfikir nak letak jadi header. Tapi, nanti2lah.



Hah! yang ni lah gambar yang aku paling cepat edit. hehehe. Kononnya dah terer lah kot. Tapi, tak lah terer mananya. Eksen je lebih aku ni kan? :P


Okay, Dah tengok kan? Yang ni jelah yang aku sempat nak try. Tak apa2, ada banyak masa lagi . Slow2. Jangan gopoh2. Tak ke mananya benda tu kan. Hmm, aku nak belajar lagi macam mana nak guna benda alah ni. Aku nak jadi expert! Hehehehehe xD

Seder tak sedar dah hari sabtu. Hmm :( ni yang aku malas ni. Lepas ni pulak aku nak gosok baju aku. Persiapan awal sebelum buka sekolah. Nak tau tak yang kerja sekolah aku tu tak siap2? hehehe. Biarkan. Malas betol lah aku nak fikir. Kalau dah namanya cuti tu, cuti ajelah kan. Ni sibok pulak nak bagi kerja. Woppsss! hahaha. Lagi satu, surah KKQ yang aku sepatutnya hafal tu aku biar je atas meja. Apabila kau tengok buku tu, aku tergerak hati jugak lah nak ambik dan hafal. Tapi, masa aku baru je nak ambik buku tu, aku terus berhenti dan fikir 2-3 kali. Dan aku tak jadi ambik. Hahahaha. Aku rasa macam tak berguna pun aku hafal kalau tak ikhlas. Nak hafal ayat2 suci al-quran tu kena ikhlas wei! Kalau tak ikhlas tak akan masuk punya lah. Hmm, tak apa2. Malam ni aku dah niat nak hafal. Sikit pun jadilah. samapi ayat ke -32. oklah tu kan. aku dah hafal sampai ayat 20. tak lah susah mane pun .

Satu lagi yg membuatkan badan aku berasa sungguh lah lemau n lemah. Aku kena hafal oral bm lah pulak. hish. Asyik2 nak suruh menghafal. Tak ada kerja lain ke? Aku lebih rela kalau buat kerja dalam buku PAI jimat aku tu dari menghafal segala benda yang menyerabutkan otak aku. Hahhh! Aku tak rela.. sedih nya :'(

Daripada aku melayan sedih aku nak menghafal , baik aku gosok baju aku. Banyak lagi faedah. Oh, sebelum terlupa, Bagi sesiapa yang bernama Miynalis, jadi sik? bila ktk agak kmk? Okay, Trimasss.. and Bubbye. Assalamualaikum..

Sunday 27 May 2012

Mia Humaira, Aku...

     Entah ke mana fikiranku melayang pada waktu itu. Cikgu Hannum sedang menerangkan faktor-faktor mempengaruhi kejadian Pulau Haba Bandar. Selalunya aku tidak begini. Aku sentiasa menumpukan perhatian di dalam kelas. Ketukan di pintu kelas terus mematikan lamunanku, malahan Cikgu Hannum juga turut berhenti mengajar.Aku lihat Cikgu Hannum sedang berbicara sesuatu dengan Cikgu Zarif sebelum menggamit seorang budak perempuan untuk masuk ke kelas. Semua mata tertumpu ke arah budak perempuan tersebut. Fuhhhh! Kulit yang putih melepak, mata yang bundar dan tajam, tinggi lampai.. Siapa yang tidak terpesona?
   
     "Wah, pelajar Baru! Cun pulak tu!"omelku.
   
     "Wei, apa kau cakap tadi?" Zhafir berbisik padaku.

     "Eh..ehh.. tak ada apa-apalah. Hehehe. Kau tu salah dengar kot. Aku mana ada cakap apa-apa tadi." gugup aku membalas pertanyaannya. Aku tidak mahu dia tahu perasaan aku ketika itu.

     "Hah? Ye ke? Bukan kau ada cakap something ke tadi? Heh, malaslah aku nak melayan karenah kau. Suka hati kaulah"

     Cikgu Hannum menerangkan bahawa pelajar perempuan tersebut baru berpindah ke Bandar Baru Bangi mengikut keluarganya.

     "Hai. Nama saya Mia Humaira binti Aizat Hassan. Selamat berkenalan dan sila beri tunjuk ajar." 

    Mia Humaira. Indah sungguh namanya, seindah rupanya. Kebanyakan pelajar lelaki sekolah aku terpesona melihat raut wajahnya. Nak tahu, termasuklah aku! Mia Humaira duduk di sebelah Rahayu, iaitu selang dua meja dari mejaku. Pada pengamatanku, Mia Humaira merupakan seorang yuang lemah lembut. Sedang aku asyik merenungnya, tiba-tiba Mia Humaira memalingkan wajahnya. Mata kami bertaut dan aku tenggelam dalam renungan matanya. Ah, Mia Humaira ! Aku sudah jatuh cinta!

     Dua minggu telah berlalu. Mia Humaira ternyata mudah mesra dengan pelajar lain. Dalam diam, ramai yang sudah terpaut hati dengannya. Huh! Kadang kala aku berasa sangat cemburu melihat telatahnya yang amat manja dengan pelajar lelaki lain. Sememangnya, aku juga sudah terpaut hati dengan insan bernama Mia Humaira. Sudah berkali-kali aku mengingatkan diri agar membuang jauh-jauh perasaan itu. kerana aku sedar, aku masih bersekolah. Namun, aku tidak mampu. Aku hanyalah manusia biasa. Selama dua minggu ini, aku ada mendengar sosek-sosek rakan-rakanku yang Mia Humaira telah membuli seorang pelajar perempuan tingkatan 1. Aku bingung pada mulanya. Tetapi, perwatakan Mia Humaira yang menyenangkan hatiku telah memekakkan telingaku daripada mendengar cerita-cerita seperti itu.

     "Kring!",loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat.

     Rakan-rakanku berebut ingin terus pulang ke rumah. Aku tidak boleh pulang dahulu kerana ada perjumpaan pengawas di bilik mesyuarat. Huh! Kalau boleh, dari tadi dah aku balik. Tetapi disebabkan aku ni seorang pengawas yang  amat berdedikasi, aku hadirkan juga diri. Aku dan Zhafir beriringan menuju ke bilik mesyuarat di tingkat 3. Dalam perjalanan, aku terdengar suara seorang budak perempuan yang mengaduh kesakitan di dalam sebuah bilik. Aku dan Zhafir berpandangan. Perasaan curiga mula membuak dalam diriku. Lantas, kami mengatur langkah ke bilik tersebut.

     "Hoi, kau ni bisu ke pekak? Dah tak dapat bercakap lagi ke? Kau nak aku pukul kau lagi ke,hah?! Hei, geram betul lah aku dengan budak ni. Tak reti nak jawab. Tak seronoklah macam  ni!"

     "Wei, Mia! Mana taknya budak ni tak reti nak cakap lagi. Kan kita dah hentam kaw-kaw budak ni tadi. Dia sakit lah tu. Tu yang dia tak dapat cakap lagi, kot.Ataupun dia pengsan ke"

     Mudahnya mereka berkata-kata tanpa ada rasa bersalah pun dalam diri mereka. Langsung tak menunjukkan nilai keperimanusiaan yang telah diajar oleh guru-guru.

     "Arghh! Kalau pun dia rasa sakit, aku masih tak dapat kepuasan tu tahu tak? Aku nak dia merayu-rayu kat aku, menjerit macam namapak hantu! Tu yang aku nak. Bukannya belasah budak hingusan ni ,lepas tu tengok dia pengsan. Langsung tak seronok lah,beb!" ujar Mia Humaira dengan nada yang tidak puas hati.

     Belum pun sempat aku melihat ke dalam bilik itu, dapat kudengar suara Mia Humaira yang sedang bercakap dalam nada ynag begitu menjengkelkan. Perlahan-lahan aku menjengukkan kepalaku dan aku tersentak apabila melihat Mia Humaira dan tiga orang rakannya sedang mengelilingi seorang pelajar perempuan yang terbaring lesu,tidak bermaya. Walaupun pelajar perempuan tersebut sudah tidak bergerak lagi, namun tanpa belas, Mia Humaira menyepak badan pelajar yang malang itu tanpa henti. Mataku sudah memerah menahan amarah yang makin meluap apabila Mia Humaira bertindak memijak kepala pelajar perempuan tersebut. Kebetulan, Zhafir ada membawa kamera digitalnya yang  telah digunakan untuk menyiapkan folia sejarahnya. Zhafir terus merakam dan mengambil gambar Mia Humaira dan tiga orang rakannya yang sedang membuli seorang pelajar perempuan untuk dijadikan bukti. Aku sudah tidak sanggup melihat pelajar perempuan yang malang itu diperlakukan seperti binatang.

     "Mia Humaira!" bergetar suaraku melafazkan namanya.

     Berubah terus wajah Mia Humaira tatkala namanya disebut. Dapatku lihat perubahan rona wajahnya. Pucat. Wajah Mia Humaira yang putih gebu itu aku pandang dengan perasaan berbaur. Semuanya menjadi sebati sehingga menusik ke tangkai hati! Arghh! Parahnya hatiku saat ini.

    "Khuzairi!... aa..aaaa.. awak buat apa kat sini?" gugup bicaranya makin menyemarakkan api kemarahanku.

     "Menonton drama tak bersiri." jawabku sinis.

     "Khuzairi.. Awak salah faham. Saya tak.. "

     "Hentikan sajalah lakonan kau tu. Dasar manusia hipokrit! Tak,tak. Kau bukan Manusia. Kau binatang! Tidak ada perikemanusiaan." belum pun Mia Humaira sempat membalas, sudahku potong percakapannya dengan  kata-kata yang tajam lagi sinis.

     "Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu." sindirku tepat mengenai batang hidungnya.

     Mia Humaira tertunduk malu. Begitu juga kawan-kawannya. Terbongkar sudah sifat keji Mia Humaira. Di sebalik kecantikan yang dimilikinya, dia hanyalah manusia yang tidak ada hati nurani. Berapa ramai yang sudah menjadi mangsa kekejamannya. Sungguh tak kuduga. Kelembutan Mia Humaira hanyalah ilusi semata-mata.

     Dengan bukti yang ada, Mia Humaira dan ketiga-tiga orang rakannya dibuang sekolah kerana telah melakukan jenayah yang boleh meragut nyawa. Nasib mereka baik kerana ibu bapa pelajar perempuan yang dibuli tersebut tidak membuat laporan polis setelah dirayu oleh orang tua Mia Humaira.

     "Wei, apa yang kau menungkan tu, Ri? Teringatkan Mia Humaira ek?" Zhafir menepuk bahuku mesra lalu duduk di sebelahku.

     "Hah? Tak ada apa lah. Apa faedahnya aku nak fikir pasal budak tu lagi. Tak ada kerjalah!" balasku perlahan.

     "Ye lah tu, Ri. Macamlah aku ni tak kenal kau. Aku tau, kau masih tak percayakan yang si Mia tu buat perkara sekejam itu. Dan, kau pun masih suka kat dia kan? Kan?" usik Zhafir padaku.

     "Kalau kau rasa kau dah hidup lama, kau cakaplah lagi benda-benda macam tu. And you'll find yourself buried deep underground tomorrow. " balasku perlahan.

     "Wow! Kau ni makin hari makin ganas lah. Hahaha. Okay,fine with me. Asalkan kau bahagia sudah. Malas lah aku nak masuk campur urusan hati kau tu."

     Zhafir meminta diri untuk ke pejabat guru. Aku pula masih duduk termenung bawah pokok. Melayan perasaan yang resah akibat diusik oleh Zhafir tadi.

     "Betul ke aku ni masih suka kat Mia? Bukankah aku sudah mula membenci Mia apabila kejadian tu berlaku? Hmmm.." gumamku sendiri. Bingung dan resah aku dibuatnya.

     Angin sepoi-sepoi menampar perlahan wajahku. Aku menikmatinya sampai terpejam mataku. Biarlah angin ini membawa pergi perasaan gelisahku. Aku tidak ingin menyerabutkan kepalaku dengan masalah seremeh ini. Terdapat banyak lagi masalah lain yang perlu aku selesaikan. Setelah agak lama aku menenangkan fikiran, aku mula mengatur langkah ke kelas Tingkatan 4 Fantastic. Aku ingin mengambil begku sebelum pulang ke rumah. Sampai sahaja di kelas, mataku menyoroti tempat duduk Mia Humaira dahulu. Suatu perasaan aneh melingkari hatiku.

     Walau berapa banyak kali pun aku menafikannya, aku tetap mengharapkannya kembali dan berubah. Ternyata, begitu hebat sekali penangan seorang perempuan bernama Mia Humaira. Walaupun dia pernah melakukan kesalahan yang amat berat, namun hati ini masih menginginkannya kembali.

     "Mia! Saya akan sentiasa tunggu awak." bisikku perlahan.




asli_no copy paste

Friday 25 May 2012

Manis + Pahit

Assalamualaikum.. :)

Hmm. Entah kurun ke berapa dah kan? Aku sibok lah. Tarak ada masa mau update. Kadang2, malas pun ada. Biasalah, aku kan malas? huahuahua..


Hee.. nampak? Geram ! warghh.. 

Entah apa yang aku nak cakap. Peperiksaan Penggal 1 dah habis. Hmm. Dan tanpa disengajakan OLEH aku, aku dapat tau jugak lah beberapa markah exam. Aku sangat2 frust. Aku target lain, lain pulak yang aku dapat. sooo carelesss.. warghhhh.. :O  Aku rasa macam nak marah kat diri aku! Apasal orang lain dapat buat, aku tak dapat? Sejak lahir, otak kami sama. Apa yang beza. Persoalannya, kenapa mereka dapat, aku tak dapat? Salah satu sebabnya ,yang aku rasa teramat-amatlah logik ialah : aku selalu ulang kaji last minit. huahuahua.. Tak sah lah budak nama (me) ni tak ulang kaji last2 minit. Aku selalu buat tau. Hampir setiap kali ujian. Bijak kan aku? *banyaklah kau punya bijak.

Ekekeke. Sepanjang sekolah ni, aku perasan. Setiap kali kami balik dari masjid kan, adalah orang yang akan FOLLOW kite orang. Gahhh! Tak perlu lah tau. Orang yang berkenaan je tau. hehehhehe. Aku perasan, hampir setiap hari lah jugak. Yang kawan aku sorang tuh, tak perasan2 jugak sampailah satu hari ni. Cehh. Bagi aku cerita sikit lah kan.. Jeng jeng jeng..:

Masa tu pun , kami baru lepas habis solat dan OTW nak balik lah. Masa kejadian tu berlaku, hanya ada aku, wani and mina. Tempat kejadian, laluan lurus yang panjang lagi sempit . Okay, time tu, aku terdengar bunyi yang agak membingitkan telinga kat belakang aku. Bunyi dia cam ni... KETANG KETUNG!!Hee hee. Buatlah sound effect sendiri. Balik pada story.. *OH my English!hahaha* . Aku pun dengan gerak yang spontan toleh lah kat belakang. Wahh!! Aku sangat terkejut!!!! Terkejut tahap gaban. Aku control je masa tu. tak nak bagi mina perasan kan.. Aku lihat si M tu betul2 belakang kami beberapa cm.. Aku namakan dia M. hohohoh. Aku tak taulah bila masa si wani and mina tu perasan yang si  M belakang kitorang je. Aku nampak je kelibat dia, aku terus pusingkan kepala. wahhh! macam dalam drama .ekekeke. Habis sudah cerita aku. weeeoooo. SS

Sampai sekarang aku masih SUKKK! Rasa nak pecah.

Sambungan yang tiada kaitan..

Kay, ada satu lagi info. Aku terbaca *terbaca.sebenarnya sengaja baca.hahaha* kat FB. Adalah dua tiga orang tu mengumpat. Bak kata orang sarwak : Bebena sekalik ktk ngumpat ya bah! . Hei, apa dia ingat orang yang dia umpat tu tak baca ke? Kepala hotak kau. Aku yang baik hati ni, dah buang pun benda tu semua. Yang dia tak buang2 benda tu apasal? nak mintak lidah aku yang boleh tahan lazer ni bagi hadiah ke? Sudah terang lagi bersuloh kau umpat KAWAN aku. Dasar manusia HIPOKRIT! Bukan main kau kat depan aku kan, kat belakang, kau entah apa2.

Dah2. malas aku nak fikir pasal budak tu. Buat sakit hati. Aku ada terbaca.. " Hidup kita tidak akan tenang selagi kita tidak melepaskan segala yang sakit itu pergi. Sesungguhnya, setelah sakit hati itu dilepaskan , kemaafan akan datang dengan sendirinya" .Berdasrkan ayat tu, aku dah maafkan dia. huh, Apa nak jadi dengan budak tu. Dari tahun lepas dah. Tak berubah2.Insaflah..

Huahuahua..I'm back (the old me!) hehehe..Wah .Enath apa2 yang aku tulis kan. Hhahh. Gasaklah. Aku punya sukalah kan.. Daripada aku melalut tak tentu pasal, aku nak chaaoo dulu. bubbye. :)

P.S : aku teringin nak buat cerpen.hehe. nanti aku update lagi.

Saturday 21 April 2012

Sibuk Gila!

Ahlan Wasahlan Ya Marhaban Bikum..





Heehehe. My boy. Natsu! He's damn cute.. :D

Okay, balik pada title. Nampak? -----> SIBUK! Hahhh. Aku letih gila seminggu ni. Kelas petang, KK, Choral.. hahhh! *gasp Aku sangat2 letih. Dahlah kena turun malam2. Seminggu2 ni aku turun malam, tau! Tapi, walaupun aku kena turun malam, tapi aku rasa stress aku hilang sewaktu kami berlatih choral speaking. Aku macam enjoy gila waktu berlatih tu. Di samping kerja sekolah yang berlambak lambak lambak lambak!! Aku rasa puas waktu berlatih. heehee =D Ahh, dahlah ckgu2 aku tu kebanyakannya di stadium. Ingatkan minggu ni minggu relex, tapi minggu sit in. Benci betollll aku! =.= Dahlah ckigu yang sit in tu ckgu yang sama je dr tadi. Hari tu aku belajar BA sampai 3 kali! Aigooo. ANGOL! haha. Siapa yang tak pening kalau asyik belajar benda yang sama  je dari tadi. And aku paling benci lah waktu ckgu yang berjaya membuatkan semangat aku KUS masuk sampai 4 kali. hisshhhhh! Makin bertambah kerja aku. Kerja aku yg lain tak siap2, ckgu teramatlah baik hati kerana sudi menambahnya lagi! Ahhh *ingga

And aku sangat2 jengkel sebab seminggu2 ni aku missed Fairy Tail! Dahlah anime tu siarannya pada waktu malam. Herks.. J.E.N.G.K.E.L! Haiyakkk! Aku karate kang. Minggu ni lah aku rasa macam dibunuh secara perlahan2. Rasa nak mampus. Pagi2 tu kadang2 aku terlajak sampai pukul 5.30. Mana taknya, kalau kena tidur lewat. Dalam kelas pun aku asyik "menguap" haha. bahasa melayu pun "menguap ke?" Ahh, lantak lah.. Dan aku kena cari bahan untuk PLBS aku lah pulak. Dahlah tajuk nya bebas. hishh. manalh aku nak cari. Kang, tak pasal2 aku copy paste cerita sepupu aku. hehehehehe

Wah.. dua perenggan yang amatlah panjang itu hanyalah sesi meluahkan perasssaaannn aku!Hahaha. Ada satu kejadian ynag berlaku kat kantin sekolah aku hari tu.Adalah sorang senior tu.. Dia macam mengugut sorang budak fom 1. Tapi sebelum tu, ada beberapa kejadian yang tak dapat aku ceritakan kerana melibatkan bahasa2 yang tak sopan. Budak fom 1 tu aku kenal sebab kami dulu sama sekolah. Aku tengok senior tu asyik tarik2 and jegilkan mata dia yg kononnya besar tu kat budak fom 1. Kay, senang aku namakan budak fom 1 tu Sya . Sya pulak mestilah marah . Kalau Senior tu buat kat aku mcm tu, memang dah kena tolak kut sebab dia menyakitkan tangan aku. Mungkin aku tumbok2 muka dia, tarik2 tudung dia, ehh. tarik tudung macam feminin sangat. Aku  tolak dia sampai jatuh dan lompat2 atas badan dia. HAHAHAHA *evillaugh aku memang kejam.. Baru tau? Nasiblah.. 

And aku rasa Sya tu tak patut tengking senior tu dekat khalayak sebab kita ni kan ,budak2 lagi. Mana bolehh kurang ajar mcm tu kan. Elehhh. Bukan main engkau.. Tadi, aku sendiri yang cakap nak tulok pastu lompat atas badan dia. hahaha. Takpe, aku lain, dia lain. Banyak lah kau punya lain..

Walaupun cerita aku agak tergantung, tapi moralnya : Tak semestinya kita kena hormat kat orang yang lebih tua drpd kita walaupun kita tau dia buli kita. Jadi adik2 ku sekalian,, LAWAN meraka. hahahahaha. Kalau takut nak lawan, panggil je aku. Nanti aku tolong . hehehehe

Okayss lah you all. Aku pun ada kerja nak buat ni. Saje je aku update. Kang tak pasal2 aku rindu. *vomit hahahahaha.. Bubbye! Assalamualaikum :)

Saturday 7 April 2012

Hai =)


Sian kat Burong tu. Duduk sorang2.. 

Hmm. Aku makin gila update blog. Dan kerja kau masih tak siap. Hah! Amekau. takpe2. malam ni aku buat lerr. Dahlah karangan laporan aku tu aku belommm ,ulang BELOM sentuh lagi. Naya aku ni kan? heehehe..

Tadi aku pergi pushing2 satu sibu! (aku tipu.pusing wisma sanyan je) Haaa! Kau jelyy Tak?? Ehehehe. Aku dan sepupu and adik aku pushing Parkson. nama singkatan Wisma Sanyan. hahaha. sekati aku nak bagi nama kan? :p Takpe. status ni pun hak cipta rasmi Aku. Apa kau keshahh. hehe. Tadi, Cuzzy aku yang baik hati, molek, cantik, cute, kaya and macam2 lagi lah belikan aku buku! yeayyy! Teronowkkk nyerrrr! >_< Kamsahamnida! 

Okay, plan tadi nak beli baju,kasut,and contact lens. Tapi, hanya berjaya beli contact lens. Kat parkson  tarak ada banyak pilihan sebab dah biasa pegi situw.. jd, pilihan tak banyak and tak sesuai.. Aku tak sabar jadi dewasa.. heee. oh, tadi aku makan AIS-KRIM! kehkehkeh.. tu pun nak cakap? ele. Aku tau korang jelly and tengah menjilat jari..

And hari ni, dia orang tidur sini.. Aku tengah online fb sekarang. Entah apa2 yang aku inbox dengan kwn sama otak dengan aku. Ahahaha. Dr topik ni ke topik ni. Gila. :p hehe.. Dan dia suroh aku tengok DP kawan kitorang . Aku namakan dia Iriz. Okay,, apa kejadahnya dia letak gambar DP dia macam tu?eii,, aku tengok dah ketawa terbahak-bahak . Apatah lagi orang lain. hahaha. "Kalau saya malu saya" :p

Ohh, baru ingat. petang tadi aku tengok episod Running Man yang semua ahli running man ada kuasa. hahhahaha. Aku tak tahan tengok mereka guna SUPER POWER yang diberi. Paling lucu, Jae Suk- Pengawal ruang. hahahahaa. bagi beliau amat memalukan kuasa tu. hehe. bagi aku, COOL.. =) Best lah episod tu.

Jae Suk - Pengawal Ruang
Seok Jin - Nyawa Pheonix
Haha - Time Machine
JiHyo - Reflected Spell
Kwang Soo - Death Note
Joong Kook - Sixth Sense 
Gary - Duplicate

>____<

Okayss, aku nak buat kerja dahh. Lagipun dah malam.. Nite2.. =)

Friday 6 April 2012

Ada Apa Dengan Hari Ini?

Heeeheeee :p


Cak! Tekozut depa. ahahaha >_<

Hee. Aku cuti hari ni! Yeay! *hampeh.macamlah kau sorang yang cuti. Eik, sekati kepala otakss aku lah. Engkau menyebok pahal?Okayz, semalamm aku sekolah dan aku dah FACE TO FACE dengan DHOM. hahaha. (*agik itok ngan gambar sc ,tak habis2.) Wah, bukan main engko yaaa. Banyak lah kau punya alasan. Apasal tak bagi banyak lagi? Aku terus terang cakap aku memeng nak BUNOH dia. Eik,dia cabar aku balik. Hoi,engko ingat aku takut? bluekksss. dah,tutup cerita.malas aku fikir pasal DHOM.

Hahhhhh! Tau tak hari ni hari apa? heheheehe. Tak tau? Nak tau? Harii.......................................................
JUMAAT! hahahahahahaahha xD. 6 April 2012...Hari bertuah aku! hehehee. tengah malam tadi, my freinds hantar meseg . Wah,aku memeng tengah tidur waktu tu. And, sayup2 aku dengar suara Yuna . Kay, mula2 seram jugak .Ingatkan ada orang nyanyi tengah2 malam BUTO. Aku tido balik lah. Kemudian suara Yuna kedengaran lagi. Hampehhh.Memang terkejut tahap babon . Tengok hp, "2 message" . Kay, aku mula2 heranlah. Apahal pulak ada orang nak sms aku TENGAH2 MALAM BUTO kan?  Aku check. and aku senyum sorang diri. Miyna and Hazirah hantar meseg. Aku memang terharu. :') . Meseg Munirah pulak sampai kat aku pukol 5 pagi, ahhhhhh. Tak kesahlah pukul berapa. Tapi, Message anda amat dihargai. =)

And,kepada sesiapa yang tidak segan silu ucapkan HB pada aku, trimas banyak. MABU too =)

Ahh, kebetulan hari ini nenek Hazirah pun buat doa selamat kat rumahnya di permai. Dia ada ajak aku g rumah dia gak. Hmm, aku nak pergi tapi aku sakit . Takut aku tak tahan nanti. Soo Sorry Hazirah. Sobs Sobs T_T.. Petang ni pun dia ada ajak gak. Tapi, tak taulah aku nak pergi atau tak. Tengok keadaan. 

Wahh, esok 2! Aku nak bawak helmet. hahaha,salah satu langkah keselamatan. bahahaha. *kakak, :p.i'm sorry! Aku nak pusing2 satu sibu kalau boleh. Wah,tinggi betoilah angan2 minah ni. Siapa yang nak bayar minyak lah weii.. Aku kan budak kecik. Masih belajar. *taksedardiridahtua. huahuahua xD. Satu perkara yang paling best kalau sepupu aku ni cakap :

"Ijahhhh! Hppy Bday.. Makin Tua Kau! Dah Dara" kakak.

"Eikk, mun macam ya, kakak makinlah tua! AHAHAHAHAHA! xD" me.

*kay, loyar burok aku. heee :P

Okays. Aku nak tengok tv. hahh.nilah kerja aku. makan minum tido tengok tv dan melayan laptop. ahaha. 


Muka seposen . hee 

Bubbye!

Wednesday 4 April 2012

Satu Hari Penuh Reality Menyakitkan Hati

Assalamualaikum.. =)


Wahh. Cute! Kalau Aku ada benda ni, gerenti masih berada dalam plastik. Smipan ;P

Okay, aku kembali lagi. muahahahahah *evillaugh. Ah, bukan main aku ni. Aku sanagt lega sebab aku dah cari semua gambar tu. Tinggal nak prin je. Harapkan budak tu, HAMPEH! haa, aku rasa nak BUNOH budak tu. Tarak faedahnya engko masuk kumpulan HAWN. ahahah. HAWN. cantik kan nama tu? xD

Aku tak puas hati dengan budak tu. Aku namakan dia Dhom. Kay, aku suruh dia cari gmbr, sampai sekarang. Okay, pukul 5.18 petang, tak bagi kat aku lagi. Ada aku hantuk kepala Dhom. Aku ada ajak sepupu aku pergi bunoh dhom tu tadi. Ceh, apa yang engko cakap? "Negara kita ada peraturan" .Wah, rakyat berjiwa Malaysia. Ahahahaha xD. Kalau Dhom ada depan aku sekarang ni, aku nak tumbok,tendang, lompat2 atas badan dia macam teddy bear. Hah! kejamkan aku? Baru engko tahu. blueekkk.

Dan ..

P.S : oi DHOM. aku missed tengok Naruto,Lady And The Tramp sebab engko.

Hmm,. Esok , 5 April 2012. heehee. Bday atuk aku. hm. Al-Fatihah..
Bday Kak Ain,Atuk,Aku dan Asyikin berturut2. Wahhh! Best kan? kehkehkeh :D

Esok jugak aku ada topikal test science. Haihh.. =.= kus semangat. Kenapa kelas lain takda! Wah! In memang Tidak Adil! In Tidak Adil,Tidak Adil... Aku buat ulangkaji melalui latihan dalam I-Learn. Hampehhh jugakss. Aku cuma dapat 65. bahhhh! Aku tak pandai jwb soalan tu. Sangat pelik. Aku lebih suka buat latihan English sebab senang :3 . hihihi. Yang lain malas betoi aku nak buat. Aku kumpul sampai 800 lebih tadi, tapi tinggal 300 lebih dah. Aku kan suka membazir :p

Hmm. Satu hari ni aku duduk melongo depan lap. bahh. Aku bukan buat benda tak berfaedah yalllss. Aku cari gambar untuk science(grrr.gik itok aku ngan miak ya=.=) dan aku buat latihan I-Learn. You All cubalah jugak. Eik,tak dapat,tak dapat. sebab,kalau nak main I-Learn,mesti ada kunci produk. Aku ada. Free! Weeee.tapi sah hanya untuk seminggu. hehehehe

Sabtu ni, aku nak gi jalan2 dgn Kakak . hihihi. Kalau mak aku bagi. :p Tapi,aku rasa bagi kot sebab ada kakak. Aku tak sabar tunggu jumaat. heeee =)
okayss, aku nak printout gambar . Daaaaaa!

Saturday 31 March 2012

Fun Facts About Me.

Konnichiwa!

cLOSING mY EYEs..

Ahahh. fun Facts About Me :

1. Kalau cuaca amat, sangat, terlalu, ekstrem sejuk.. aku akan sakit perut. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi. Tulah aku tak bukak kipas kalau masuk kelas. Aku bukak lampu je. Takut nanti aku sakit perut.

2. Aku akan menjerit tak tentu pasal kalau ada scene seram dalam sebuah cerita hantu. Walaupun hantu tu nampak lucu dan tak menankutkan bagi orang lain, tapi aku tetap akan menjerit sebab takut dan terkejut.

3. Kalau aku berbual dengan orang lain, aku gerenti punya takkan, ULANG.. TAK AKAN tengok mata orang tu. Kalau aku tengok pun, sekejap, pastu aku larikan mata aku ke tempat lain. Aku tak tau kenapa. Memang mcm tu. Bagi aku suatu yang sangat memalukan bagi aku kalau tengok mata org. Aku malu. hahahaha

4. Ahh. Yang ini aku tak nafikan langsung. Aku tak pernah ada anak patung Barbie waktu kecik2 dulu. Patung yang aku ada pun cuma Teddy bear dan amat sedikit di rumah aku. Aku tak suka patung. Sebab, dulu aku pernah tengok satu cerita ni, budak tu ada banyak patung kat rumah dia. Tak kira pagi atau malam, patung tu akan ,ehh tak. PASTI bergerak. ei, dahlah patung tu pandai bawak kereta. Main piano malam-malam buta pulak tu. Dan, sejak itu. Hamba Allah Yang bernama NURFARWIZAH bencikan anak patung.

5. Dengan umur aku yang dah tua ni (eh,taklah tua sangat.14 je), Aku suka tengok kartun dan Anime! hahaha. Satu kewajipan bagi aku untuk tengok anime setiap hari. Walaupun kawan aku panggil aku macam budak-budak,tengok kartun, tak matured. Ah, aku peduli apa. Asalkan aku bahagia dunia akhirat XD

6. Telinga aku akan cepat tangkap orang yang sebut nama aku. Jadio, berhati bila bercakap ketika aku berada berhampiran :P

Hmm. Aku rasa taklah interesting sangat, kan?
Okayz, Aku nak share Quotoes yang aku curi .heheheheh


True Facts!

Hahahahahahhaha





Don't you ever realize? 


Canon. ahahahah

Pengajaran buat sesiapa yang terasa


=)


Ohmyy, is it me? *blushing
*sarwak mode
hey, xpat perasan gik kah? XD





Sunday 18 March 2012

Bunian =.=

Heyyyy.. >.<



Kay, aku tengah siokk kat JB. tak usah di pikir yeahh.. biarlah aku siok sendiri..

Ahhhh. Nampak tak tajuk tu? ----> BUNIAN  ..........
haaaahhh. seram tak? hmm.. Ingat tak aku pernah cite pasal satu buku ni , Jangan Ganggu Lenaku. Aku dah habis baca dah. hari jumaat tu. Aku ingat nak merepek pasal buku tu semalam. Tetapi nampak gayanya aku dah tersangkut kat JB.. jadi ,aku cite hari nilah. Pada mulanya, buku tu ada jugak meremangkan bulu tengkuk aku. Seram sejuk. Dahlah aku baca buku tu malam2 buta. sampai pukul 3 pagi. Ending cite tu aku boleh accept lah. Thrilllll~ 

Kayy, Bunian. Aku dapat tahu bahawa Bunian tu sejenis makhluk yang dicipta dari api neraka berwarna biru.sebenarnya, bunian tu adalah jin dan jin adalah bunian (haiihh. statement ulangan). Orang kita ni yang panggil makhluk tu bunian. Orang dulu-dulu cakap perkataan bunian tu berasal dari Bunyi-bunyian yang dibuat oleh makhluk halus tersebut. Lama- kelamaan, orang kita ni yang pandai memandai nak jadikan SHORT-CUT.. jadilah, BUNIAN. hahhh... logik kan? Aku sambung... Makhluk halus ni suka ganggu orang yang lemah Iman dan yang merasa kesunyian. Mereka dapat meneka apa yang berada di fikiran kita lalu dengan mudahnya makhluk ini memperdayakan manusia yang alpa seperti kita.


Berhati-hatilah dengan apayang kita fikirkan. Aku nak cite sikit pasal buku tu. Ingat lagi dengan Atira? kalau tak, tengok post aku kat bawah-bawah. mesti ada. kay,, Atira ni seorang yang lemah jiwa. tambahan selalu ditinggalkan sorang2 kat rumah,ehhh.. bukan rumah. kira banglowwww lah. nama banglo tu Teratak Asfalin.canti kan nama tu. Nama tu sebenarnya gabungan nama Atira dan Asfahul. bagi korang mesti tak ada kaitan , kan? ada sebenarnya. hehehhehehe. kalau nak tau, baca sendiri. *aku nak kasi excited cikit*
Kay, balik pada cerita asal. Atira ni sunyi sebenarnya. dia inginkan orang yang boleh menemaninya di rumah itu. 

Lalu, si Atira ni mintaklah supaya ada orang yang sanggup temankan dia. Dan, pada satu malam yang sejuk seram lembap dan menakutkan, Si Atira ni tidur kat bilik orang gaji kat bawah.Tanpa dia sedari, dia terlupa nak menutup jendela bilik tu ketika dia sedang asyik memerhati Teratak Maya(banglowww puaka) . Tiba-tiba, satu bau yang sungguh segar, tapi bagi aku menyeramkan, bau bunga tanjung dan cempaka (aku tak pasti,sbb aku tak ingat) . Dan, si Atira yang polos lagi naif tu pun hanyut bermimpi ditemani bau yang meneyramkan itu. Dalam mimpi tu, Atira bertemu dengan Asfahul. Tapi itu bukan Asfahul sebenarnya. Bagi Atira itu memang Asfahul kerana wajahnya mirip Asfahul. Tapi, realitinya.. itu adalah makhluk halus yang .. k, aku malas nak cakap sebenarnya. menyampah aku baca. sambong, itu adalah makhluk halus yang KONONnya mencintai Atira yang naif itu. Ehh. makhluk halus dalam buku tu ada nama lah.. Tapi aku tak pasti sangat sebab nama makhluk tu teramat-amatlah sangat(tatabahasa aku salah.hahaha) unik ,pelik dan kuno. hahaha. aku ulang KUNO. mehehehehe XD

Jadi, mulalah kisah Atira tu terjebak dalam mimpi yang sebenarnya mainan ilusi makhluk halus. Sehingga buku itu diberi nama sempana Atira pernah menyatakan pada Asfahul supaya "jangan ganggu lenaku". hahaha. banyak konflik betollah. tapi, aku berasa amat puas. :D

Okayyzz. Dah panjang aku melalut. Esok sekolah. -.- Aku tak ready sebab esok ambik markah ujian. DUSHHH! satu bebanan. kay, bubbye. Assalamualaikum.

Saturday 17 March 2012

Music's In My Soul !

JB! oppsss.. bukan Justin Bieber. ehehe. Jonas Brothers! Oh yeahh.




 Pada suatu petang yang aman damai bahagia sentosa , aku menonton The Jonas Brother's 3D Concert Experience. Wahhh. best2! (>.<) *sambil mempamerkan muka teronok*  . Hahahaha. Korang suka tak JB?  Kalau tak suka, tak payah baca. sebab aku akan melalut and upload gambar  pasal mereka.

Dalam konsert tu , byk lagu yang mereka persembahkan. Termasuk ini ---->Awsome Dude!
Hihihihihi. Banyak sangat lagu sampai aku leka,tau tak? LEKA . Warhhh. merah lahh. Dalam banyak2 ahli Jonas Bro's.. (macamlah ahli tu banyak sangat.ceh) Aku minat kat ...... Jeng jeng jeng!

Nick Jonas


Warhhh. cute..


Ahh. cute :3


(menggigit gigi.aek?ada kah?)







Okayyyy.. Sekarang dah tahu Jonas Bro's yang aku suka. Tengok yang lain lakkk...

Joe Jonas


 Ahh. aku tak minat Joe jonas. Aku akui suara dia best..

K, hazirah minat yang ini.. wott wottt..


Mempersembahkan.... 


Kevin Jonas


 He is a great guitar player! ohmyyy..


Lebih banyak main gitar.

Kay, aku tahu awak tak suka JB. biarlah. 

Kalau berani tekan , saya cabar awak. hihihihi :P










Ahhhahahahaha .. Evil laughh.. aku cabar tekan semua, okayyyy. k, masa untuk Fairy Tail !.. hehehehe. bubbye. Assalamualaikum. =)