Heyyyy.. >.<
Kay, aku tengah siokk kat JB. tak usah di pikir yeahh.. biarlah aku siok sendiri..
Ahhhh. Nampak tak tajuk tu? ----> BUNIAN ..........
haaaahhh. seram tak? hmm.. Ingat tak aku pernah cite pasal satu buku ni , Jangan Ganggu Lenaku. Aku dah habis baca dah. hari jumaat tu. Aku ingat nak merepek pasal buku tu semalam. Tetapi nampak gayanya aku dah tersangkut kat JB.. jadi ,aku cite hari nilah. Pada mulanya, buku tu ada jugak meremangkan bulu tengkuk aku. Seram sejuk. Dahlah aku baca buku tu malam2 buta. sampai pukul 3 pagi. Ending cite tu aku boleh accept lah. Thrilllll~
Kayy, Bunian. Aku dapat tahu bahawa Bunian tu sejenis makhluk yang dicipta dari api neraka berwarna biru.sebenarnya, bunian tu adalah jin dan jin adalah bunian (haiihh. statement ulangan). Orang kita ni yang panggil makhluk tu bunian. Orang dulu-dulu cakap perkataan bunian tu berasal dari Bunyi-bunyian yang dibuat oleh makhluk halus tersebut. Lama- kelamaan, orang kita ni yang pandai memandai nak jadikan SHORT-CUT.. jadilah, BUNIAN. hahhh... logik kan? Aku sambung... Makhluk halus ni suka ganggu orang yang lemah Iman dan yang merasa kesunyian. Mereka dapat meneka apa yang berada di fikiran kita lalu dengan mudahnya makhluk ini memperdayakan manusia yang alpa seperti kita.
Berhati-hatilah dengan apayang kita fikirkan. Aku nak cite sikit pasal buku tu. Ingat lagi dengan Atira? kalau tak, tengok post aku kat bawah-bawah. mesti ada. kay,, Atira ni seorang yang lemah jiwa. tambahan selalu ditinggalkan sorang2 kat rumah,ehhh.. bukan rumah. kira banglowwww lah. nama banglo tu Teratak Asfalin.canti kan nama tu. Nama tu sebenarnya gabungan nama Atira dan Asfahul. bagi korang mesti tak ada kaitan , kan? ada sebenarnya. hehehhehehe. kalau nak tau, baca sendiri. *aku nak kasi excited cikit*
Kay, balik pada cerita asal. Atira ni sunyi sebenarnya. dia inginkan orang yang boleh menemaninya di rumah itu.
Lalu, si Atira ni mintaklah supaya ada orang yang sanggup temankan dia. Dan, pada satu malam yang sejuk seram lembap dan menakutkan, Si Atira ni tidur kat bilik orang gaji kat bawah.Tanpa dia sedari, dia terlupa nak menutup jendela bilik tu ketika dia sedang asyik memerhati Teratak Maya(banglowww puaka) . Tiba-tiba, satu bau yang sungguh segar, tapi bagi aku menyeramkan, bau bunga tanjung dan cempaka (aku tak pasti,sbb aku tak ingat) . Dan, si Atira yang polos lagi naif tu pun hanyut bermimpi ditemani bau yang meneyramkan itu. Dalam mimpi tu, Atira bertemu dengan Asfahul. Tapi itu bukan Asfahul sebenarnya. Bagi Atira itu memang Asfahul kerana wajahnya mirip Asfahul. Tapi, realitinya.. itu adalah makhluk halus yang .. k, aku malas nak cakap sebenarnya. menyampah aku baca. sambong, itu adalah makhluk halus yang KONONnya mencintai Atira yang naif itu. Ehh. makhluk halus dalam buku tu ada nama lah.. Tapi aku tak pasti sangat sebab nama makhluk tu teramat-amatlah sangat(tatabahasa aku salah.hahaha) unik ,pelik dan kuno. hahaha. aku ulang KUNO. mehehehehe XD
Jadi, mulalah kisah Atira tu terjebak dalam mimpi yang sebenarnya mainan ilusi makhluk halus. Sehingga buku itu diberi nama sempana Atira pernah menyatakan pada Asfahul supaya "jangan ganggu lenaku". hahaha. banyak konflik betollah. tapi, aku berasa amat puas. :D
Okayyzz. Dah panjang aku melalut. Esok sekolah. -.- Aku tak ready sebab esok ambik markah ujian. DUSHHH! satu bebanan. kay, bubbye. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment