Sunday, 27 May 2012

Mia Humaira, Aku...

     Entah ke mana fikiranku melayang pada waktu itu. Cikgu Hannum sedang menerangkan faktor-faktor mempengaruhi kejadian Pulau Haba Bandar. Selalunya aku tidak begini. Aku sentiasa menumpukan perhatian di dalam kelas. Ketukan di pintu kelas terus mematikan lamunanku, malahan Cikgu Hannum juga turut berhenti mengajar.Aku lihat Cikgu Hannum sedang berbicara sesuatu dengan Cikgu Zarif sebelum menggamit seorang budak perempuan untuk masuk ke kelas. Semua mata tertumpu ke arah budak perempuan tersebut. Fuhhhh! Kulit yang putih melepak, mata yang bundar dan tajam, tinggi lampai.. Siapa yang tidak terpesona?
   
     "Wah, pelajar Baru! Cun pulak tu!"omelku.
   
     "Wei, apa kau cakap tadi?" Zhafir berbisik padaku.

     "Eh..ehh.. tak ada apa-apalah. Hehehe. Kau tu salah dengar kot. Aku mana ada cakap apa-apa tadi." gugup aku membalas pertanyaannya. Aku tidak mahu dia tahu perasaan aku ketika itu.

     "Hah? Ye ke? Bukan kau ada cakap something ke tadi? Heh, malaslah aku nak melayan karenah kau. Suka hati kaulah"

     Cikgu Hannum menerangkan bahawa pelajar perempuan tersebut baru berpindah ke Bandar Baru Bangi mengikut keluarganya.

     "Hai. Nama saya Mia Humaira binti Aizat Hassan. Selamat berkenalan dan sila beri tunjuk ajar." 

    Mia Humaira. Indah sungguh namanya, seindah rupanya. Kebanyakan pelajar lelaki sekolah aku terpesona melihat raut wajahnya. Nak tahu, termasuklah aku! Mia Humaira duduk di sebelah Rahayu, iaitu selang dua meja dari mejaku. Pada pengamatanku, Mia Humaira merupakan seorang yuang lemah lembut. Sedang aku asyik merenungnya, tiba-tiba Mia Humaira memalingkan wajahnya. Mata kami bertaut dan aku tenggelam dalam renungan matanya. Ah, Mia Humaira ! Aku sudah jatuh cinta!

     Dua minggu telah berlalu. Mia Humaira ternyata mudah mesra dengan pelajar lain. Dalam diam, ramai yang sudah terpaut hati dengannya. Huh! Kadang kala aku berasa sangat cemburu melihat telatahnya yang amat manja dengan pelajar lelaki lain. Sememangnya, aku juga sudah terpaut hati dengan insan bernama Mia Humaira. Sudah berkali-kali aku mengingatkan diri agar membuang jauh-jauh perasaan itu. kerana aku sedar, aku masih bersekolah. Namun, aku tidak mampu. Aku hanyalah manusia biasa. Selama dua minggu ini, aku ada mendengar sosek-sosek rakan-rakanku yang Mia Humaira telah membuli seorang pelajar perempuan tingkatan 1. Aku bingung pada mulanya. Tetapi, perwatakan Mia Humaira yang menyenangkan hatiku telah memekakkan telingaku daripada mendengar cerita-cerita seperti itu.

     "Kring!",loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat.

     Rakan-rakanku berebut ingin terus pulang ke rumah. Aku tidak boleh pulang dahulu kerana ada perjumpaan pengawas di bilik mesyuarat. Huh! Kalau boleh, dari tadi dah aku balik. Tetapi disebabkan aku ni seorang pengawas yang  amat berdedikasi, aku hadirkan juga diri. Aku dan Zhafir beriringan menuju ke bilik mesyuarat di tingkat 3. Dalam perjalanan, aku terdengar suara seorang budak perempuan yang mengaduh kesakitan di dalam sebuah bilik. Aku dan Zhafir berpandangan. Perasaan curiga mula membuak dalam diriku. Lantas, kami mengatur langkah ke bilik tersebut.

     "Hoi, kau ni bisu ke pekak? Dah tak dapat bercakap lagi ke? Kau nak aku pukul kau lagi ke,hah?! Hei, geram betul lah aku dengan budak ni. Tak reti nak jawab. Tak seronoklah macam  ni!"

     "Wei, Mia! Mana taknya budak ni tak reti nak cakap lagi. Kan kita dah hentam kaw-kaw budak ni tadi. Dia sakit lah tu. Tu yang dia tak dapat cakap lagi, kot.Ataupun dia pengsan ke"

     Mudahnya mereka berkata-kata tanpa ada rasa bersalah pun dalam diri mereka. Langsung tak menunjukkan nilai keperimanusiaan yang telah diajar oleh guru-guru.

     "Arghh! Kalau pun dia rasa sakit, aku masih tak dapat kepuasan tu tahu tak? Aku nak dia merayu-rayu kat aku, menjerit macam namapak hantu! Tu yang aku nak. Bukannya belasah budak hingusan ni ,lepas tu tengok dia pengsan. Langsung tak seronok lah,beb!" ujar Mia Humaira dengan nada yang tidak puas hati.

     Belum pun sempat aku melihat ke dalam bilik itu, dapat kudengar suara Mia Humaira yang sedang bercakap dalam nada ynag begitu menjengkelkan. Perlahan-lahan aku menjengukkan kepalaku dan aku tersentak apabila melihat Mia Humaira dan tiga orang rakannya sedang mengelilingi seorang pelajar perempuan yang terbaring lesu,tidak bermaya. Walaupun pelajar perempuan tersebut sudah tidak bergerak lagi, namun tanpa belas, Mia Humaira menyepak badan pelajar yang malang itu tanpa henti. Mataku sudah memerah menahan amarah yang makin meluap apabila Mia Humaira bertindak memijak kepala pelajar perempuan tersebut. Kebetulan, Zhafir ada membawa kamera digitalnya yang  telah digunakan untuk menyiapkan folia sejarahnya. Zhafir terus merakam dan mengambil gambar Mia Humaira dan tiga orang rakannya yang sedang membuli seorang pelajar perempuan untuk dijadikan bukti. Aku sudah tidak sanggup melihat pelajar perempuan yang malang itu diperlakukan seperti binatang.

     "Mia Humaira!" bergetar suaraku melafazkan namanya.

     Berubah terus wajah Mia Humaira tatkala namanya disebut. Dapatku lihat perubahan rona wajahnya. Pucat. Wajah Mia Humaira yang putih gebu itu aku pandang dengan perasaan berbaur. Semuanya menjadi sebati sehingga menusik ke tangkai hati! Arghh! Parahnya hatiku saat ini.

    "Khuzairi!... aa..aaaa.. awak buat apa kat sini?" gugup bicaranya makin menyemarakkan api kemarahanku.

     "Menonton drama tak bersiri." jawabku sinis.

     "Khuzairi.. Awak salah faham. Saya tak.. "

     "Hentikan sajalah lakonan kau tu. Dasar manusia hipokrit! Tak,tak. Kau bukan Manusia. Kau binatang! Tidak ada perikemanusiaan." belum pun Mia Humaira sempat membalas, sudahku potong percakapannya dengan  kata-kata yang tajam lagi sinis.

     "Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu." sindirku tepat mengenai batang hidungnya.

     Mia Humaira tertunduk malu. Begitu juga kawan-kawannya. Terbongkar sudah sifat keji Mia Humaira. Di sebalik kecantikan yang dimilikinya, dia hanyalah manusia yang tidak ada hati nurani. Berapa ramai yang sudah menjadi mangsa kekejamannya. Sungguh tak kuduga. Kelembutan Mia Humaira hanyalah ilusi semata-mata.

     Dengan bukti yang ada, Mia Humaira dan ketiga-tiga orang rakannya dibuang sekolah kerana telah melakukan jenayah yang boleh meragut nyawa. Nasib mereka baik kerana ibu bapa pelajar perempuan yang dibuli tersebut tidak membuat laporan polis setelah dirayu oleh orang tua Mia Humaira.

     "Wei, apa yang kau menungkan tu, Ri? Teringatkan Mia Humaira ek?" Zhafir menepuk bahuku mesra lalu duduk di sebelahku.

     "Hah? Tak ada apa lah. Apa faedahnya aku nak fikir pasal budak tu lagi. Tak ada kerjalah!" balasku perlahan.

     "Ye lah tu, Ri. Macamlah aku ni tak kenal kau. Aku tau, kau masih tak percayakan yang si Mia tu buat perkara sekejam itu. Dan, kau pun masih suka kat dia kan? Kan?" usik Zhafir padaku.

     "Kalau kau rasa kau dah hidup lama, kau cakaplah lagi benda-benda macam tu. And you'll find yourself buried deep underground tomorrow. " balasku perlahan.

     "Wow! Kau ni makin hari makin ganas lah. Hahaha. Okay,fine with me. Asalkan kau bahagia sudah. Malas lah aku nak masuk campur urusan hati kau tu."

     Zhafir meminta diri untuk ke pejabat guru. Aku pula masih duduk termenung bawah pokok. Melayan perasaan yang resah akibat diusik oleh Zhafir tadi.

     "Betul ke aku ni masih suka kat Mia? Bukankah aku sudah mula membenci Mia apabila kejadian tu berlaku? Hmmm.." gumamku sendiri. Bingung dan resah aku dibuatnya.

     Angin sepoi-sepoi menampar perlahan wajahku. Aku menikmatinya sampai terpejam mataku. Biarlah angin ini membawa pergi perasaan gelisahku. Aku tidak ingin menyerabutkan kepalaku dengan masalah seremeh ini. Terdapat banyak lagi masalah lain yang perlu aku selesaikan. Setelah agak lama aku menenangkan fikiran, aku mula mengatur langkah ke kelas Tingkatan 4 Fantastic. Aku ingin mengambil begku sebelum pulang ke rumah. Sampai sahaja di kelas, mataku menyoroti tempat duduk Mia Humaira dahulu. Suatu perasaan aneh melingkari hatiku.

     Walau berapa banyak kali pun aku menafikannya, aku tetap mengharapkannya kembali dan berubah. Ternyata, begitu hebat sekali penangan seorang perempuan bernama Mia Humaira. Walaupun dia pernah melakukan kesalahan yang amat berat, namun hati ini masih menginginkannya kembali.

     "Mia! Saya akan sentiasa tunggu awak." bisikku perlahan.




asli_no copy paste

No comments:

Post a Comment