haaa cuak tak tengok tajuk entry cuak takkk cuak tak??!! hahahha yep, aku nak tulis kisah akhir aku sekarang ni. masih ada 30 minit sebelum masa aku habis... baca dan hayati jelah. mungkin ni antara amanat2 perkataan terakhir aku? mana tau kan hahahaha
HA! takdelah aku tau aku je drama lebih sini org lain watlek watpeace je baca (ke ada yg baca? entah2 aku sendiri yang baca dan stalk blog sendiri hahahhaha wateva lahhh ). Hari hari akhir akuuuuuuu akan berakhir tepattttt pukul 12 malam ni sebagai budak berumo 17 tahon!!! hahahahhaha ye ye ye aku nak masuk 18 dh 34 minit dari sekarang(sebab skarang pukul 11.26 malam ok)
hehehehehheheeh
apa eh... ntahla aku macam takde benda nak cakap sekarang. tadi kemain nak buat appreciation post untuk diri sendiri.. ha hahhhh dah dapat ilham. aku nak buat surat untuk diri aku pada masa depan lah.. ok start!!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dear ijah,
ohohohoho.. sekarang waktu kau sedang baca ni, aku masih lagi 17 tahun ekk. muda lagi. walaupun dalam masa 30 menet dari sekarang aku akan masuk dalam adulthood yg sukar lagi mencabar huhuhu.. sepanjang kau hidup 17 tahun ni, kau tau apa yg kau dah buat. yang baik, yang buruk, yang jahat, yang nakal, kalau nak list satu2 tak habis sampai esok.. aku nak tido awal ok hahahah pening ah dari pagi dibawah sinaran matahari yang terik,.. sampai petang pulak tu. tak kesian ke kat aku yg pening2 lalat menaip ni? uhuhuhu tp keranamu ijah aku sanggup buat apa saja hahahaa
aku belajar mengenal diri selama 2 3 4 tahun yg lepas. aku nak kenal diri aku. sebab kadang aku pun tak faham kenapa aku berfikiran mcm ni, kenapa aku buat macam tuuuu, kadang2 aku tak setuju pun dengan diri sendiri tapi mcm hati suruh setuju. ah complicatednya nak cakap.. kau faham sendirilah k, kau tau kau serabut, kau tau kau jenis yang otak tak seiringan dengan kata hati. cuba belajar jadi redha, memahami pemaaf dan yg sewaktu dengannya. cuba elak prasangka, perasaan2 negatif dalam diri tuu, jangan nak ekot kata nafsu sangat.. jangan nak lemah semangat sangat. jadi kuat, kuat untuk diri sendiri..
belajar untuk jd seorang yang peramah dan banyak senyum!! hahahah sejak2 umur 16 tahun je aku dah mula berjinak dalam dunia senyum itu indah hahahaha.. hampeh muka kaku & serious je memanjang.. dahtu speechless pulak kalau bab2 bercakap impromptu.. bila nak berubah niii. belajar jd berani!! kau boleh, cuma perlu masa utk perbaiki.. baca benda2 berfaedah sikit, yang beri input tentang isu2 semasa.ni fiksyen je memanjang mana nak berkembang otak, ehh jap otak imaginasi kreatif aku memang berkembang. cuma otak bahagian dunia realti ni tak berkembang sangat. tak langsung kot!!! aku lebihkan yg fiksyen je, yg realitinya entah ke mana.. macam mana nak jadi pemimpin ni....
kurangkan berat badan!! selama 17 tahun hidup ni tak pernah ada berat badan ideal tahu! hahahaha sedih nye saye... but im happy with myself. cuma kesihatan tu yg penting, ok azam umur baru niii.. nak jugak merasa pakai baju cantik2. dunia ni sunggh tak adil. asal baju cantik je mesti untuk perempuan kurus. baju yang biasa untuk org yg saiz macam aku. hump! hello ingat yg size xxxl tak tau nak melawa ke?? melawa bukan utk org lain, tapi untuk menambah keyakinan dalam diri. siapa nak accept diri kita dulu kalau diri sendiri tak accept diri sendiri. ok azam baru! hahahaha
kawal amarah, emosi, perkataan & pergaulan. jadi seorang yg baik untuk Allah dan rasul... definisi baik yg sebenar2nya... ahh rindu nak baca versus hlovate :)))) aha! jaga laptop ni elok2. org dah kasi sebagai hadiah, hargai betul2. tengok phone aku bertahan lagi dari scratch sejak 2 tahun lepas!! aku kan pandai jaga barang hahhaha..
Janji pada diri sendiri, apa2 pun rezeki aku nak sambung belajar nanti, terima dengan redha hati. jangan ada hasad dengki dan iri hati dalam diri :) rezeki ada di mana2. belajar ikhlas sbb nak tuntut ilmu.. jangan lupa mak bapak cg2 dan rakan2 yg tolong kau sepanjang perjalanan hidup. do something that you really love :) dannnn cepat2lah bertemu jodoh aku aamiin hahahahaa jaga diri!
love, ijah 17 tahun (11.48 p.m. 5/4/2016 teusday)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
haaaaaa amacam? takdela gempak sangat. saje jee nak penoh entry kat blogg. aku nak cover balik masa menulis taun lepas.. yg busy sangat tu hahahhaha.. so goodbye 17 old self. 10 minit lagi kau akan jadi 18. sannah helwah dear self.. may Allah bless us all with his love and mercy aamiin
adios and goodbye!! from me and haru-kun! <3
No comments:
Post a Comment