Saturday, 29 September 2012

Exam Mode

Fuhh.Lama beno aku tak bukak benda alah ni. Malas + Sibuk. Sekarang tengah mode exam, subjek tak habis cover lagi. hampehh betol la aku ni. Final, (ceh,mcm kat u) harap dapat score terutama sejarah aku. Taknaklah hancur habis macam dulu lagi.. Nyesal tau tak tak baca awal, Esok exam hari ni baru buka buku sejarah. Makin dekat nak exam ni kan, makin membuak-buak rasa nak main laptop. Tiap2 kali examlah aku kejeron nak bukak tu, nak bukak ni, nak update tu, nak update ni. Susahh susahh. Kali ni, entry yang cukup singkat dan takdelah padat sangat. Stakat nak kasi tau yang minggu ni dan minggu depan aku exam. Rightio, nak kena study dah. Tadi dah puas dating dengan laptop, sekarang nak dating ngan buka pulak. Right, adioss. Salam :v

Saturday, 1 September 2012

Terasa Hati tu Emo

Assalamualaikum.. :)


Gagaga. Hihi. Lama benar rasanya aku tak sapu sampah kat sini kan? Adalah dekat sebulan tu. Last entry tu masa Bulan Ramadan. And then lepas tu Aku sibuk dengan exam, kelas petang, and macam-macam lagilah (k,tipu. exam n kkq je) hehehe. 

Aku ingat nak buat entry pasal cuzzy nikah. Tapi kan.. Tapi kan.. Gambar nikah tu tak upload lagi dalam laptop. Camne tu? Aku ni dok lah pandai sangat nak tolong "bapak" uploadkan. Tunggu punya tunggu, sampai sekarang tak upload2 jugak -.- Hmm, tak pelah. Takde rezeki aku nak buat entry. Ruginya kazen aku tu, tak masuk dlm blog aku yang terlebih cantik ni? (hihihi.meyampah) Aku teringat yang aku pernah janji dengan kawan aku tu, dia nak sangat tengok gambar nikah tapi sorry lah ek? Keinginan anda tidak tercapai :pf

Okay, balik pada topik. Pernah tak kalau awak dibanding-bandingkan dengan orang lain pastu tetiba je rasa senak kat hati? Hmmm. Kalau benda-benda ni jadi kat aku, mulalah emo tak tentu pasal. Macam ahgsdhshsj je aku ni. Tapi kan.. Tapi kan.. nak buat camne dah aku memang emo pun.


Antara cara yang aku try buat apabila aku terlebih emo :
  1. Aku tarik nafas pastu tahan selama beberapa saat. Kalau masih sesak aku cuba lagi dan tahan nafas lebih lama drpd sebelumnya. 
  2. Aku "kelip-kelipkan" mata sebab takut air mata jatuh berderaian. hahaha. Tapi, kalau dah jatuh tu, pandai2 laa cover lain. Dok cool laa kalau orang lain tengok kite yang cool ni nangis lak kan? 
  3. Aku cubit-cubit tangan aku nak kasi badan aku sakit sebab tak nak fikir pasal benda yang buat aku emo. Baik aku fikir pasal apsal aku nangis sebab cubit diri sendiri.
Tapi kan.. kalau dah dengar lagu yang sedih-sedih tu memang tak dapat nak control lagi dah.. Mulalah buat muka and then sesak nafas and then air mata keluar. Hahaha. macam pro lah pulak aku ni bab2 emo. Antara sebab aku tak suka emo emo ni ialah apabila emo, aku sesak nafas. Apabila sesak nafas, hati sakit. Apabila sakit hati sudah tentu bahagian bahagian lain pon sakit dan mulalah nangis. Apabila nangis mata jadi sembab . Apabila mata sembab , mata sepet dan aku tak suka mata sepet dan makin rabunn. Dahlah aku ni kategori rabun yg agak teruk lah.. "bolehlah" Jadi, takkan lah nak tambahkan degree kerabunan tu? 

Seboleh-bolehnya aku tak nak terasa hati dengan sape dah. Nak neutral kan semua rasa hati. Ecehceh. Ngarut. Apa nama lagu tu? Ah, Akhir Rasa Ini.lebih kurang gitulah kalau nak neutralkan rasa hati. Sebab tu kalau dalam alam realiti aku rasa aku ni agak pendiam. Tapi dalam alam maya agakl bising . Aku peduli hape kalau orang nak kutuk2 aku sebab kelancangan aku -bukanberkata2- tapi berkomen2. hihi. Aku bagi pendapat jelah. Lebih baik berterus terang daripada aku dok menipu kan? bertambah-tambah dosa tau.

Untuk pengetahuan, perkara yang selalu buat aku emo ialah :
  1. Kalau ada orang tetibe je tuduh aku buat something yang teruk dan aku tak sempat nak back up diri sendiri, orang lain terus je caye. Huargh! rasa macam ... dikhianati. Betol la, kalau awak dituduh buat benda yang awak tak buat, takkanlah tak rasa apa2? Alien je yang tak rasa apa2. Means that you are alien -.-
  2. Orang pukul aku dengan kuat. Kalau setakat pukul sipi2 je takdelah aku kisah. Biar je. Tapi kalau yang pukul kuat sangat and then aku terus keluar air mata -bukan nagis ye tuan puan- , tu yang buat aku emo. Badan aku sakit + Aku sakit hati sebab tak dapat nak defend diri sendiri. 
  3. Kalau aku tengok orang lain sume ada fav masing-masing and aku ni forever alone. -.- 
  4. Tengok orang lain ada kakak n abang. Bukan aku tak bersyukur ke ape. Tapi, sedih gaklah kalau tengok orang lain semua ada partner, tang tetibe je aku takde sape2. awkward laaa
Hmm, dahlah emo2 ni. takde idea dah aku. Tak tau lagi apa yang selalu buat aku emo. Kadang2, telinga aku panas sbb emo . 
Ahh, dah dah. tutup kisah emo ni. Biarlah masa menetukan sampai bile aku dapat meneutralkan diri kalau masuk bab emo. Okay, idea kering soo aku blah dulu. Btw, lagu baru ni best :D adios.