Friday 20 July 2012

Warna-Warni Kami

Rainbow..


Erm ermm. lapa lapa. Dah tau puasa letak gambar makanan. Fuhhhhhhhh. Warna-warni pulak tu.. Yum yum

Tujuan update:
  1. hehehe. Saje jer nak kasi lagak tunjuk gambar kelas kitew.
  2. nak awak tau yang first time tak ambik gambar dengan Nini. sobs sobs
  3. Merangkumi semua tujuan : Nak berlagak sebenarnya yang kite ada classmate yang lebih kurang sama kepala . ngeh3.
Sebenarnya, Rainbow cake tu menggambarkan betapa berwarna-warninya kelas aku. hahaha. Takdelah kelas aku yang berwarna warni , pelajar2 dalam kelas tu yang berwarna-warni. Tambah pulak GK yang perangai pun lebih kurang sama. Asyik nak usik-usik orang je kerjanya. Nama je kelas paling pandai, tapi perangai kitorang macam budak-budak kecik. Asyik nak gaduh-gaduh je. (Gaduh manja sebenarnya.hahahaha) 

Budak Skema + Nakal 2D


Time ni serious gila muka.


Kalau tengok kan sekali imbas, kami ni macam budak2. Budak2 Comel.

Walaupun antara kami ada yang tak suka diantara satu sama lain, tapi kami okey jerr. Kalau bab bergurau tu, memang melampau habis. heheh. especially aku. (z.Z) Tak caye? Aku ni boleh tahan gak kalau bab sindir-menyindir. Memey melatop habis. Tapi, aku hanya jadi gila pada waktu-waktu tertentu. Aku tak gila sepanjang hari. Maunya hancur subjek aku. 

Antara pelajar-pelajar yang selalu buat bising dalam kelas:
  1. Nurfarwizah (hehehe)
  2. Munirah
  3. Azmina
  4. Wani
  5. Faisol
  6. Firdaus
  7. Izzat
  8. Iskandar
  9. Amin
  10. Munir
  11. Izzatie
  12. Athirah
  13. Syazwani (dia bising sebab dia suruh kitorang diam.ahahha)
  14. Azza
  15. Khai
  16. Rohaya
  17. Hisyam
Kami cuma bising time cikgu takde. Hahaha. Kelas kami tu sporting gila. kadang2, kadang-kadang lah dia tu pun bising gak. Punca kebisingan yang melanda tu adalah Faisol ataupun SolSol. Dia yang mula bercakap, pastu munirah, pastu aku, pastu mina, pastu semua pun nak bercakap. Jadi mulalah adegan jerit-menjerit. Lepastu Syazwani pulak suruh diam dengan suara yang lantang. Aku diam terus tau. Tapi ada gak yang tak reti-reti bahasa tu masih gak buat bising. Memey nak mintak penampar jepun Syazwani.hahahahah. Yang lain tu bukannya tak bising, tapi kurang bising.

Bising-bising kitorang, bising lagi kelas 2A kot. KOT! hahaha. aku manalah tau, bukannya aku selalu lalu kat sana pun. Walaupun kami bising, kami ni bijak wokeyy. Aku tau, aku tengah angkat bakul. Tapi, betol apa. Kalau tak, takdenye kami nak duduk kat kelas 2D.Ini membuktikan walaupun warna kulit kami sama(coklat) hati kami warna-warni. Setiap seorang mempunyai warna tersendiri untuk menceriakan kelas 2D. :8)

Ini pulak kelas 2C. Aku nak letak gambar ni sebab nilah first time kami tak berada dalam kelas yang sama. Aku dan nini telah berada dalam kelas yang sama dari tahun satu sehingglah tingkatan satu. Sedih sedih.

Jiran kami, class 2C..


Alahh, muka Nini tak jelas sangat lah sebab kepala Epa. -.-


Semua buat muka mengada. Hahaha.

Rasanyakan, mana yang korang prefer tengok. 2D or 2C? hehehe. :8)


Ramadan Al-Mubarak

Hye.. opss opss.. Bagi salam. Assalamualaikum :)

Yes yes. Aku tau. Dah berkurun-kurun aku tak bukak. hehehe. Aku sibookkk sangat (sebenarnya takdelah sibuk sangat.Aku yang malas nak bukak) Lagipun, exam dah dekat u know. Aku kena study, study, study &&& STUDY! Takdelah aku nak melongo kat depan lappy lah pulak sehari-hari kan..

Okay, Sekarang ni tengah fasting month. And thenn.... RAYA! Weehoooo!!!(sound effect. Boom Bomm Bamm!)Aku dah dapat bayang first day raya. Aku bangan pagi, aku siap-siap. And then pergi rumah nenek! Makan, makan and makan! Yup,aku memang suka makan kat rumah nenek. Suhh-Dapp. Lepas tu kami sekeluarga balik rumah and bersiap-siap nak sambut tetamu. My mum always buat Open House untuk kawan-kawan dia. Seterusnya, aku akan bantu my parents layan tetamu. Hahaha. Banyaklah kau punya bantu. Setakat nak potong-potong and duduk-duduk tu kira layan tetamu? Malam tu mungkin aku akan berasa sangat letih. Dan aku mungkin akan tidur terus lepas mandi. ngehngehngeh..Pemalasnya kau ni

Sekarang ni kan tengah berpuasa. Banyak-banyakkanlah buat benda yang berfaedah, yang bermanfaat. Bukannnya dok melongo depan lappy online FB. Cubalah korang mengaji ke, tunaikan solat sunat ke, ulangkaji pelajaran ke. Daripada melayan sangat lapar kau tu kan. Aku ni takdelah alim sangat. huahuahua

Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini aku nak confess sikit.:
  1. Aku nak mintak maaf kalau sebelum-sebelum ni aku dah buat sesuatu yang teramat-amatlah melampau rasanya tak dapat dimaafkan. Tapi, aku nak mintak maaf jugak. 
  2. Aku rasa dah masanya aku bagi tahu dia yang apa yang dia buat sebelum-sebelum ni salah dan aku nak cuba berdamai. dan,aku teramat-amatlah TERASA dengan apa yang dia post.
  3. Aku nak cuba score balik untuk exam aku. Aku nak fight Adib balik. Aku tahu science and sejarah aku tu terok. Sejarah tu bukannya apa. Aku ni yang tak reti-reti nak baca nota tiap2 hari. Malas
  4. Aku nak cuba hafal surah Al-Waqiah tu. hahahah. Berapa lama dah aku pun tak tahu. Tak hafal-hafal lagi. Aku akan cuba, InsyaAllah. :)
Smile. Bulan puasa nanti nak ubah tabiat burok. Aku ni manalah tau nak senyum-senyum kat orang yang terserempak dengan aku sewaktu berjalan. Aku tak pandailah nak beramah-tamah mesra. Tapi, kalau dah dia duduk sebelah aku memang lah aku akan jadi gila dan bercakap tak tentu pasal.

Aku tak senyum sebab takut nanti aku senyum sorang diri. 
Aku tak senyum sebab takut orang lain pulak yang perasan aku senyum kat dia tapi sebenarnya kat org len
Aku tak senyum sebab aku tak pandai beramah-mesra secara berdepan-depan.
Aku tak senyum sebab senyuman aku mahal. hehehehe

Aku pun ada kawan sekutu yang lebih kurang sama je dengan aku. Aku tak taulah sebab apa dia kurang tersenyum. Aku cuba-cubalah jugak senyum nanti. Tapi, kalau tak jadi. Nak buat camne. Dah memang aku camtu.. hehehee

Last but not least, Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa! :)